Society Laws

UNDANG-UNDANG

PERTUBUHAN PROFESIONAL JKR MALAYSIA (PPM)

 

FASAL 1 NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN PROFESIONAL JKR MALAYSIA, (Association of Professionals of Public Works Department Malaysia) selepas ini disebut ‘Pertubuhan’.

 

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah c/o Jabatan Kerja Raya, Cawangan Kerja Keselamat, Tingkat 10, Blok B, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Sallehuddin, Kuala Lumpur 50582
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah
PERTUBUHAN PROFESIONAL JKR MALAYSIA c/o Jabatan Kerja Raya, Cawangan Kerja Keselamatan, Tingkat 10, Blok B, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Sallehuddin, Kuala Lumpur 50582.
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

Tiada

 

FASAL 4 TUJUAN DAN OBJEKTIF

4.1 Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan anggota-anggota Profesional JKR
4.2 Menggalakkan perkembang pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli pertubuhan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus
4.3 Menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat
4.4 Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbang bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan dengan mendapat kelulusan daripada Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu.
4.5 Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain Pertubuhan Profesional yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan Negara khususnya yang berkaitan dengan Profesional di Negara ini.
4.6 Memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada Kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya.
 

FASAL 5 KEAHLIAN

1.0   Jenis-jenis ahli adalah seperti berikut:

(a)    Ahli Biasa

(1)    Keahlian adalah terbuka kepad Ahli Profesional yang layak berdaftar dengan Lembaga Jurutera, Arkitek, Ukur Bahan, Juru Valuer dan berkhidmat dengan JKR (Jabatan Kerja Raya)

(2)    Ahli Profesional yang layak berdaftar dengan Lembaga Jurutera, Arkitek, Ukur Bahan, Juru Valuer dan berkhidmat dengan JKR yang telah bersara

(b)   Ahli Bersekutu

(1)    Ahli bersekutu terbuka kepada ahli Profesional JKR yang belum menjadi Warganegara Malaysia

(2)  Ahli bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam pertubuhan

(3) Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (1) di atas akan luput dengan sendirinya apabila berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Kerajaan

(c)    Ahli Gabungan

(1)  Ahli gabungan terbuka kepada persatuan Profesional yang telah didaftarkan di Kementerian/Jabatan dan diberi status yang sama seperti ahli biasa

(2)  Keahlian ahli gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan.

(d)   Ahli Kehormat

Yang Dipertua dengan persetujuan jawatankuasa boleh melantik ahli kehormat di kalangan ahli Profesional yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat

(e)   Ahli Seumur Hidup

(1)    Ahli seumur hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan

(2)  Ahli eumur hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas dan boleh di pilih menjadi Ahli Jawatankuasa.

(f)     Ahli Tak Hadir

(1)  Ahli biasa yang perlu berada di luar negeri bagi suatu tempoh tidak kuran daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri

(2)  Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat kepada Bendahari yang hendaklah mendapatkan persetujuan Jawatankuasa. Bendahari  hendaklah mencatatkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan dari membayar yuran

2.0   Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli yang berhak mengundi dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa yang diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3.0   Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan di terima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4.0   Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh di terima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1)    Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:

(a)    Ahli Biasa

      Yuran masuk – RM30.00
      Yuran tahunan – RM30.00

(b)   Yuran Persara

 Bayaran adalah setengah (1/2) daripada bayaran sebelum bersara, mengikut kategori

(c)    Ahli Bersekutu

 Yuran tahunan dan yuran masuk adalah setengah daripada apa yang dikenakan ke atas ahli biasa mengikut kumpulan

(d)   Ahli Gabungan

 Bagi ahli gabungan yuran adalah 10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan

(e)   Ahli Kehormat

 Tidak dikenakan apa-apa bayaran

(f)     Ahli Seumur Hidup

 Membayar yuran yang ditetapkan iaitu RM100.00

(g)    Ahli Tidak Hadir

 Tidak dikenakan apa-apa bayaran
 

(2)    Cara Pembayaran Yuran

(a) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh tinga puluh (30) hari dari awal tiap-tiap tahun.

(b)  Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang di tandatangan oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(c)  Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(d)  Jawatankusa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang

(e)  Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

 

FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1)  Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2)  Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama bai Pertubuhan boleh dipecat atau digantungkan keahliannya bagi suatu tempoh sebagaiman yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 

FASAL 8 MESYUARAT AGUNG

(1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserlah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan kuorum untuk mesyuarat

(2)  Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 1 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:

(a)    Menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun yang lalu

(b)   Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu

(c)    Memilih ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun akan datang

(d)   Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tiga puluh hari (30) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat juga hendalah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

(5)  Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:

(a)    Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau

(b)   Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendakla dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan

(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(7) Pengumuman dan agenda untu Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat

(8)  Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-hali itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu

 

FASAL 9 JAWATANKUASA

(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan :-

Seorang Yang Dipertua
Seorang Naib Yang Dipertua
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Lima (5) Orang Ahli Jawatankuasa Biasa

(2)  Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia

(3)  Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong  dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekuran-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tuju (7) hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum mesyuarat

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.

(a)    Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa

(b)   Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

(c)    Keputusan hendaklah dengan undi yang banyak

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat

(7)   Ahli Jawatankuasa yang mungir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa

(8)  Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untu memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(9)  Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha  dan pegawai–pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurs atau kakitangan kerana cuai di dalm pekerjaan, curan, tidak cekap, ingkar menjalanan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

(10)Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1) Yang Dipertua dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

(2)  Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya

(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab negendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftaran Pertubuhan sebagimana yang kekehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan,1966

(4)  Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha

(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewanan dan bertanggungjawa di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha

(6)  Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatanuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 11 KEWANGAN

(1)  Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tunjuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM Tiga Ratus sahaja (RM300) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Yan Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehkan Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangi cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan

(4)  Perbelanjaan yang lebih daripada RM Sepuluh Ribu Satu (RM10,001.00) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelajaan yang lebih daripada RM Lima Puluh Ribu dan Satu sahaja (RM50,001.00) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM Sepuluh Ribu Satu (RM10,001.00) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari.

(5)  Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakaan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan

(6)    Tahunan kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

 

FASAL 12 PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

(1)  Dua oran ahli yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa ira-kra. Mereka akan memegang jawatan selaa satu tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 13 PENGAMANAH

(1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust)

(2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik karta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan

(3) Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatankuasa oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, Pengamanah maka kekosongan itu bolehkan dipenuhkan oleh Pengamanah baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung

FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankasa oleh memerikan tafsirannya kepada undnag-undnag ini dan Jawatankkuasa, jika mustahak, boleh memuuskan perkara-perkara yang idak terkandung di dala undang-undang ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah di buat dalam Mesyuarat Agung keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG

Jawatankuasa boleh, jika peru melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis
 

FASAL 16 LARANGAN

(1)  Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah pertubuhan; Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, video game dan semua permainan yang bergantung semasa-mata kepada nasib.

(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu pernigaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959

(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau ppegawai-pegawai atau Jaawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan

(4) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undnag hendaklah di buat kepada Pendaftar Pertubuhan dala masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya oleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan
 

FASAL 18 PEMBUBARAN

(1)  Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung dipanggil khas kerananya

(2)  Sekiranya Pertubuhan hendak dibubakan secara yan disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftaran Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

Attachments

Undang ProJKRM.pdf
6.27Mb   View   Download

projkrm

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group