SEMINAR ON OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (SOSH2017)



Seminar on Safety and Health – Towards Sustainability Agenda (SOSH2017) anjuran Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dengan sokongan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah diadakan pada 4hb – 5hb Oktober 2017 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. 

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri. Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Dalam ucapan perasmian, beliau telah meminta supaya semua warga JKR khasnya dan pemain industri pembinaan amnya supaya sentiasa prihatin perkara mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti mereka dalam usaha penyampaian projek. Kegagalan mematuhi akta, prosidur, garispanduan dan pekeliling yang ditetapkan akan mengakibatkan projek menjadi lewat, peningkatan kos serta menghakis reputasi jabatan dan syarikat. Keadaan ini juga akan menyukarkan penyampaian outcome atau impak yang diharapkan oleh kerajaan dan rakyat.

Seramai 430 orang peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta telah menghadiri seminar selama dua (2) hari ini. Sebanyak 22 booth exhibitors telah mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka yang berkaitan dengan keselamatan & kesihatan pekerjaan serta kelestarian. 

Sebanyak satu (1) “keynote paper” dan lapan (8) kertas kerja terpilih telah dibentangkan oleh pembentang yang terkenal, berpengalaman dan pakar dalam bidang keselamatan & kesihatan pekerjaan yang menyentuh pelbagai bidang seperti berikut;

1)      “Safety & Health Towards Sustainability” (Keynote Paper)
Hj. Razuki bin Ibrahim, General Manager, Construction Quality & Safety Division Technology Development Sector, Construction Industry Development Board (CIDB), Malaysia

2)      “Responsible Care”
YBhg. Dato’ Muhtar bin Hashim, Deputy Chairman, Chemical Industry Council of Malaysia (CICM)

3)      “Occupational Safety, Health and Environment Towards Sustainable Development – A Malaysia Perspective”
Hj. Sham @ Zahary bin Sudin, Senior Manager, Corporate Service and Support Department, National Institute of Occupational Safety and Health, Malaysia (NIOSH)

4)      “Towards an Occupational Safety and Health Culture”
Rosnizawati binti Baharom, Director, Small Medium Industry and Non-Factory Sector Division Department of Occupational Safety and Health (DOSH)

5)      “Safety and Health Towards Sustainability – The Case of The Malaysian Oil Palm Industry.”
Dr. Ahmad Parveez bin Ghulam Kadir, Director, Advanced Biotechnology and Breeding Centre, Malaysian Palm Oil Board (MPOB)

6)      “Common Orthopaedic Conditions Secondary to Occupational Hazard”
Dr. Hj. Ahmad Mahyuddin bin Dato’ Mohamed, Orthopaedic Surgeon, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang (HSAAS).

7)      “Leadership in Environment, Health & Safety ; An Industrial Practice”
Mr. Goh Eng Leong, Managing Director, BASF Malaysia Sdn. Bhd. (BASF)

8)      “Conformity Assessment Towards Sustainable Occupational Health and Safety Management System”
En. Azhar bin Mustapha, Principal Auditor Management System Certification, SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

9)      “The KVMRT “Kongsi”
En. Mohd Yusof bin Kasiron, Assistant GM/Head CHESS Department, Standard & Compliance Division, Mass Rapid Transit (MRT) Corporation Sdn. Bhd.

Nota: Semua slides boleh dimuat turun melalui link di bawah.

Majlis penutup seminar ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya mewakili YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. Dalam ucapan beliau antara lain telah mengingatkan bahawa keselamatan & kesihatan pekerjaan merupakan antara perkara yang paling penting di dalam semua industri, khasnya industri pembinaan. Tahap keselamatan & kesihatan pekerjaan memainkan peranan utama di dalam peningkatan imej sesuatu industri dan menjadikannya industri pilihan bagi penerapan bakat-bakat baru terutamanya dari golongan belia. Oleh itu keselamatan & kesihatan telah dimasukkan di dalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang mempunyai empat teras strategik;

i) kualiti, keselamatan dan profesionalisme;
ii) kemampanan alam sekitar
iii) produktiviti; dan
iv) pengantarabangsaan.

Beliau juga telah menekankan tentang pemakaian “Malaysian Standard for Temporary Construction Worker Amenities and Accomodation” (Code of Practice) MS 2593:2015. Beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja (JKT) dengan kerjasama rakan-rakan industri telah menyediakan deraf Pindaan Akta 445 bagi memasukkan peruntukan untuk kediaman dan kemudahan minimum untuk pekerja pembinaan. Terdapat beberapa KPI berhubung keselamatan & kesihatan pekerjaan telah ditetapkan sebagai membantu pencapaian agenda lestari (sustainability agenda) merangkumi alam sekitar, sosial dan ekonomi. 

RUMUSAN OBJEKTIF SEMINAR ON OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (SOSH2017)

Seminar ini antara lain bertujuan mencari pendekatan, intervensi serta inovasi yang mantap di mana perkara berhubung keselamatan & kesihatan pekerjaan boleh membantu mencapai agenda kelestarian (sustainability agenda) melalui pelbagai elemen seperti sosial, ekonomi dan alam sekitar. Secara prinsipnya kelestarian adalah berkisar kepada penjimatan sumber (“conserving resources”). Dari aspek kelestarian sumber yang terbabit adalah alam sekitar, tetapi bagi keselamatan & kesihatan sumber yang berkaitan rapat adalah manusia.

Sehubungan dengan itu bagi mencapai agenda kelestarian, tumpuan juga harus diberikan kepada keselamatan & kesihatan pekerjaan. Pelbagai langkah dan pendekatan yang inovatif boleh diambil antaranya; libaturus (“engagement”) di antara kerajaan, pihak awam dan swasta; mempromosikan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja dengan;

i) mengwujudkan jalinan kerjasama bagi menyokong aktiviti keselamatan & kesihatan pekerjaan ke arah kelestarian;
ii) meningkatkan latihan dan pembelajaran kepada pekerja dan komuniti;
iii) mengukur kesan pencapaian keselamatan & kesihatan pekerjaan terhadap operasi bisnes dengan mengwujudkan satu sistem pengukuran (“safety & health sustainability rating system”);
iv) mengiktiraf dan menghargai pekerja, kumpulan dan komuniti yang melaksanakan usaha-usaha keselamatan & kesihatan pekerjaan serta kelestarian; dan
v) memperbaiki akses kepada data dan maklumat mengenai keselamatan & kesihatan bagi tujuan pelapuran. 

Attachments

Keynote - Tn Hj Razuki Ibrahim - CIDB.pdf
2.64Mb   View   Download
Paper 7 - Azhar Mustapha - SIRIM.pdf
1.39Mb   View   Download
Paper 1 - Dato' Muhtar - ICE Petroleum.pdf
2.49Mb   View   Download
Paper 8 - Mohd Yusof Kasiron - MRT Corp.pdf
8.65Mb   View   Download
Paper 2 - Hj. Sham Zahary - NIOSH.pdf
2.64Mb   View   Download
Paper 3 - Rosnizawati - DOSH.pdf
2.4Mb   View   Download
Paper 4 - Dr Ahmad Parveez - MPOB.pdf
5.81Mb   View   Download
Paper 5 - Dr Mahyuddin - Hospital Temerloh.pdf
3.38Mb   View   Download
Paper 6 - Goh Eng Leong - BASF.pdf
1.08Mb   View   Download

projkrm

Powered by GroupSpaces · Terms · Privacy Policy · Cookie Use · Create Your Own Group